Rasa jatuh cinta sukar digambarkan mahu pun diucapkan dengan
kata-kata. Siapa yang jatuh cinta akan sentiasa diusik perasaan. Semua
menjadi indah dan membahagiakan. Namun mengalami cinta umpama bermain
api. Jika tahu mengendalikannya, selamat diri. Jika tidak, terbakar
hangus dan merana diri. Remaja dan belia bahkan yang sudah berumahtangga
pun akan mengalami cinta. Semuanya kerana cinta tidak mengenal usia dan
latar belakang. Cinta boleh terjadi bila-bila masa. Jadi bagaimana
mengenali bila dan bagaimana seseorang itu dihinggapi rasa cinta? Cuba
semak 30 tanda jatuh cinta di bawah ini supaya dapat melengkapi diri
sebelum menghadapi atau menangkisnya. Terpulang sama ada mahu teruskan
pemburuan cinta, mengalami percintaan atau menghindari cinta. Asalkan
anda bahagia.
1. Sukar melelapkan mata
Biasanya anda jarang
mengalami masalah untuk tidur. Kali ini, sejak bertemu dan berkenalan
dengannya ingatan anda kepada si dia kian menebal hingga mengganggu
tidur anda.
2. Perasaan sentiasa berdebar
Perasaan anda
sentiasa berdebar-debar jika bertembung dengan si dia di jalan. Malah
anda jadi kelam kabut dan menggeabah apabila dia menghampiri anda.
3.
Suka ambil tahu
Anda semakin berminat untuk ambil tahu tentang latar
belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai
si dia dan sering bertanya tentang si dia dari kawan-kawannya.
4.
Resah gelisah
Hati anda merasa resah dan gelisah bila si dia tidak
kelihatan. Anda tercari-cari kalau-kalau terlihat kelibat bayangnya.
5. Dihinggapi cemburu
Anda mula merasa cemburu bila si dia
berbual dan melayan kehadiran orang lain sekalipun kawan-kawanya.
Ikutkan hati anda, biarlah dia berbual dan melayan anda seorang. Sikap
anda itu ketara kelihatan sehingga disedari kawan-kawan anda sendiri.
6.
Hobi baru, termenung
Bila tidak melakukan sesuatu, anda segera
termenung. Fikiran anda jauh melayang dan pancaindera anda tertutup
untuk menyedari hal-hal yang berlaku di sekeliling anda. Di mata anda
terbayang-bayang wajah si dia dan anda berada di sampingnya.
7.
Dating
Ada sahaja alasan anda ajukan kepadanya untuk berjumpa.
Kemudian secara terang, anda tawarkan keluar bersama. Kesempatan yang
terluang atau di hari cuti pasti anda habiskan untuk dating.
Kadang-kadang anda buat temujanji lagi di waktu malam sekalipun baru
petang tadi anda berdua sudah berjalan-jalan.
8. Rindu.
Anda
tidak dapat mengawal perasaan. Setiap saat mengingati si dia, bagaikan
terdengar suaranya sayup-sayup di telinga. Apapun yang dipandang akan
mengingatkan anda kepada si dia. Anda ingin berjumpa dan melihat
wajahnya.
9. Bergayut di telefon
Sekalipun bayaran telefon
mahal, anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam sehingga terjejas masa
tidur anda hanya untuk berbual kosong dengan si dia. Anda tidak peduli
kalau bil meningkat atau perlu beli kad telefon banyak-banyak. Yang
penting dapat dengar suaranya untuk melepaskan rindu. Lagipun anda baru
lena tidur setelah mendengar suara si dia.
10. Berubah citarasa
Kehadiran
si dia berjaya mengubah citarasa anda tentang pelbagai perkara. Sejak
kebelakangan ini, anda lebih berminat untuk menghayati senikata
lagu-lagu berirama sentimental yang bertemakan percintaan. Sebelum ini
anda lebih gemar mendengar irama rock, heavy metal dan hip hop.
11.
Memberi hadiah
Anda memberi si dia hadiah padahal hari lahirnya
masih jauh. Anda peka dengan perkembangan semasanya supaya dapat
dijadikan alasan untuk memberikan hadiah. Malah, tiap bulan anda
memberikannya hadiah sekalipun harus berbelanja besar. Yang pasti, anda
akan memberikan hadiah yang paling istimewa di hari lahirnya nanti.
12.
Awal ke tempat kerja
Sejak menaruh minat kepadanya, anda lebih
bersemangat untuk datang ke pejabat malah datang lebih awal lagi. Anda
harapkan ada peluang anda berbual berdua dengannya atau sarapan pagi
bersama di kantin.
13. Lebih rajin
Prestasi kerja anda semakin
men ingkat jika dibandingkan sebelum ini. Anda jadi lebih semangat,
kreatif dan berfikiran positif. Perkembangan anda yang membanggakan itu
disenangi kawan-kawan dan majikan.
14. Menjaga penampilan
Penampilan
anda tidak lagi ringkas dan sederhana. Meskipun anda lelaki, anda akan
mengunjungi salon kecantikan untuk potongan rambut yang bergaya dan
rawatan muka. Pakaian anda berubah corak menjadi lebih menjurus kepada
fesyen mutakhir. Wajah berhias dengan mekap hingga nampak mempersona.
Dari rambut ke hujung kaki anda cantik menawan dan segak bergaya.
15.
Defensif
Maknanya anda melakukan pembelaan. Pantang orang lain salah
cakap atau sekadar mengusik, anda akan mempertahankan si dia meskipun
sampai anda marah dan timbul permusuhan. Ada masanya percakapan mereka
itu ada kebenarannya, tetapi anda tetap bersikap defensif.
16.
Merajuk
Sedikit salah, sedikit silap anda lekas merajuk. Anda sanggup
tidak makan tengahari atau tidak menegur sapa selagi si dia tidak
menegur dan meminta maaf. Anda juga terus merajuk sehingga dia
berkali-kali memujuk.
17. Mudah bersalah sangka
Anda mudah
merasa hampa lalu kecewa jika kemahuan atau permintaan anda tidak
dipenuhi. Misalnya si dia tidak hadir temujanji, anda sangka dia mungkir
janji. Anda anggap dia tidak memberi perhatian dan tidak mempunyai
perasaan.
18. Sentiasa kata ‘Ya’
Apa pun katanya, pendapatnya
dan permintaannya, anda jawab dengan ‘Ya’. Anda sentiasa akur dan
menurut sekalipun ada di antara permintaannya yang keterlaluan dan
pendapatnya kurang anda senangi.
19. Sanggup berkorban
Untuk
si dia sanggup bersusah payah melakukannya semuanya. Dengan rela hati
anda jadi pemandu peribadinya, jadi orang suruhan, meluangkan diri anda
untuknya di hari cuti dan memenuhi setiap permintaannya.
20. Jadi
orang lain
Tiba-tiba anda jadi pelakon yang terbaik kerana mahu
memenuhi cirri-ciri peribadi yang menjadi idaman si dia. Di depannya
anda seorang romantik dan berlemah lembut sekaipun kenyataannya anda
seorang yang kasar dan mudah marah. Demi si dia, anda sanggup berubah
menjadi orang lain.
21. Prihatin
Anda bukan hanya ambil tahu
malah sentiasa menghulurkan tangan membantu. Anda akan pastikan si dia
tidak mengalami sebarang masalah dalam kehidupan sehariannya dan
menjamin kebajikan dan keselamatannya.
22. Berkhayal
Potret
wajah si dia jadi teman setia di waktu keseorangan. Ada masanya anda
habiskan masa hanya merenung wajahnya di potret sambil berangan-angan
jauh. Berkhayal seperti itu anda rasa bahagia.
23. Inginkan
persamaan
Sejak mengenali si dia anda berusaha mengikuti kegemaran
dan citarasa untuk mempamerkan anda meminatnya. Anda akan mengemari
filem dan lagu Hindustan, masakn barat dan meniru setiap tingkah
lakunya. Anda mahukan wujud persamaan anda dengan si dia.
24.
Sumber ilham
Kata-katanya menjadi pendorong semangat. Anda sedari
bahawa anda mempunyai kemampuan untuk melangkah jauh dan mengejar
cita-cita anda. Rupanya anda ada kelebihan tersendiri yang baru anda
sedari. Si dialah yang membuka minda anda. Dialah sumber ilham anda.
25. Pasang impian
Anda sering termenung membayangkan impian masa
depan anda bersama dia. Selalu berdua ke mana sahaja, lalu mendirikan
rumahtangga, mempunyai sejumlah anak yang comel dan tinggal dalam sebuah
rumah idaman bersama. Anda dan dia sama-sama susah dan senang dalam
menjayakan cita-cita sekeluarga.
26. Suka memuji
Dari pendiam
anda jadi seorang yang ramah mesra dan suka memuji. Anda peka dengan
penampilan si dia dan lekas memberikan pujian dan sanjungan. Hati anda
rasa berbunga-bunga dapat memuji dan apalagi kalau dia merasa bangga dan
senang hati oleh puji-pujian anda.
27. Mulut manis
Anda hanya
berkata hal-hal yang baik sahaja ketika bersamanya. Anda akan bersetuju
dan mendukung percakapannya sekaipun tidak anda sukai. Tujuannya kerana
anda tidak mahu menyinggung perasaan. Tambahan anda tidak mahu
menjejaskan perhubungan yang baru berputik itu.
28. Tanda ingatan
Anda
memberikan sesuatu yang istimewa seba gai tanda ingatan. Jika buku
diberikan, anda akan tulis sedikit kata-kata di dalamnya sebagai
renungan atau kenangan. Di hari raya anda hulurkan kad raya atau kad
ucap selamat di hari lahirnya. Sekalipun tidak berterus-terang, dari
kata-kata yang tercoret di dalam buku dan kad dapat mencerminkan luahan
isi hati anda terhadapnya.
29. Inginkan perhatian
Anda selalu
mengharapkan si dia memberikan perhatian dan mahu meluangkan masa
bersama anda. Walaupun anda tidak mahu menyusahkan si dia, namun sedikit
perhatian yang diberikannya sudah cukup menggembirakan hati dan anda
hargai.
30. Bertekad memilikinya
Secara drastik, anda
berhasrat untuk memilikinya. Apapun keadaan dirinya, anda pasrah dan
menerima. Anda ingin selalu di sampingnya, menjadi teman hidupnya
sehidup semati.
8.2.12
Tanda Orang Jatuh Cinta
by
Rzkardelia
on
6:05 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment